Wednesday, November 11, 2009

Ada bukti rakaman video pengakuan ADUN PAS Perak mengenai baiah cerai isteri...

Ada bukti rakaman video pengakuan ADUN PAS Perak mengenai baiah cerai isteri...





Gambar Ahli Parlimen Parit Buntar ,Mujahid Yusuf Rawa diatas dipetik dari sebuah laman blog posting bertarikh 21 Februari 2008 menunjukkan majlis penyampaian tauliah kepada bakal-bakal calun PAS bagi kawasan Parlimen dan DUN di Perak sebelum pilihanraya umum 8 Mac oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ust Ahmad Awang.

Laman blog berkenaan berkata semasa majlis berkenaan Ahmad Awang telah menyampaikan pesanan dan ingatan kepada semua bakal-bakal calun yang akan bertanding pada PRU ke-12.

PAS meletakkan 7 calun bagi kerusi Parlimen dan 21 calun peringkat DUN.

Menurutnya sebelum penyampaian watikah dilakukan, Ustaz Ahmad Awang telah menjelaskan beberapa perkara tentang lafaz ‘bai’ah’ yang perlu dilakukan oleh semua calun pada majlis itu.

Laporan blog itu tidak menyebut secara khusus butiran lafaz baiah yang dilafaz itu.

Bagaimanapun satu sumber yang layak dipercayai telah menghubungi Agendadaily Rabu memberitahu dia ada dalam bentuk rakaman video pengakuan terbuka seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak PAS mengenai adanya baiah cerai talak tiga isteri jika lompat parti.

Katanya ADUN berkenaan membuat pengakuan itu semasa ceramah kempen pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang pada bulan April lalu.

Katanya dalam ceramah berkenaan ADUN berkenaan secara terbuka mengakui tentang baiah itu.

"Saya merakamnya secara kebetulan semasa pusing-pusing tengok majlis ceramah di pilihanraya kecil Bukit Gantang.Saya tidak ambil kisah sangat tentang apa yang dikatakan oleh ADUN berkenaan masa itu hinggalah isu baiah ini jadi isu hangat sekarang.

"Setelah saya teliti balik rakaman video itu jelas sekali ADUN itu menyebut tentang baiah cerai itu,"katanya.

Sumber itu hairan bagaimana Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang boleh menafikan adanya baiah cerai itu.

Katanya dia sedia tampil mendedahkan rakaman video itu jika pimpinan PAS terus membuat penafian.- 11/11/2009


* mereka nafi tapi diperak berlaku, macamana nih...???