Thursday, December 31, 2009

BTN Dan Sejarah Tangan Kotor Anwar

Biasa di tempurung di bawa ke dulang. Biasa pada kita dibawa ke orang. Kebiasaan buruk kita tapi dituduh orang lain lakukan.

Itulah kesimpulan yang boleh dilabel kepada Anwar Ibrahim dan sekutunya. BTN yang diwujudkan pada awal 70an sangat murni maksudnya. Bertujuan bagi membangkit semangat patriotisma dan tahu soal ketatanegaraan sebagai seorang warganegara.

Tapi sesudah itu, BTN beransur-ansur telah disalahgunakan bagi tujuan penonjolan individu tertentu.

Ia menjadi lebih ketara apabila BTN dikuasai oleh Anwar Ibrahim. Orang pertama yang cuba disingkirkan dari BTN ialah Dato Kamarudin Kachar.

Semua juak-juak Anwar siang malam berusaha menyingkirkan Dato KK kerana bagi mereka selagi Dato KK ada di BTN segala perancangan Anwar untuk memperkudakan BTN bagi tujuan peribadi akan terbantut.

Akhirnya berjaya juga Anwar menguasai BTN.

Masih teringat bagaimana puak-puak Anwar ‘mencuci’ kepala para peserta kursus, betapa siapalah yang berkemampuan menyambung kecemerlangan kepimpinan Tun Mahathir.

Maklum sajalah masa tu yang jadi Timbalan Perdana Menteri ialah Pak Ghafar Baba.

Mereka mengagungkan Tun Mahathir ketika itu bukan untuk memuliakan Tun Mahathir tetapi adalah untuk memperlekehkan Pak Ghafar.

Apabila semua kepala sudah ‘dicuci’ bahawa Pak Ghafar tak layak jadi pengganti Tun Mahathir, maka mudahlah Anwar menguasai kepimpinan selepas Tun Mahathir.

Kesan ‘cucian’ puak Anwar ialah Pak Ghafar terpelanting sebelum turun gelanggang pada tahun 1993.

Sesudah berjaya menghumban Pak Ghafar, maka sasaran seterusnya ialah Tun Mahathir.

Modul BTN pun ditukar kepada elemen-elemen yang boleh mencacatkan kepimpinan Tun Mahathir. Itu sebab selepas 1993 sudah ada unsur-unsur negatif secara tidak langsung yang membabitkan kepimpinan Tun Mahathir.

Isu Suharto yang memerintah terlalu lama menjadi propaganda utama di media-media. Isu kronisma dan nepotisma Suharto diwar-war siang malam.

Apabila sampai ketikanya, isu Suharto ini jugalah yang digunakan untuk dicalitkan kepada batang tubuh Tun Mahathir.

Dipendekkan cerita, semua orang tahu dan masih ingat bagaimana Anwar ‘terpeletok’ kena ‘manouvre’ dek penangan Tun Mahathir.

Dia ingat untuk menghalau Tun Mahathir dari jawatan PM semudah mencampakkan Pak Ghafar.

Kesimpulannya, barang siapa yang cuba memperalatkan BTN untuk menguasai kerajaan pasti akan menerima padah. Siapa yang cuba untuk menjadikan BTN sarang untuk menonjolkan individu-individu tertentu pasti akan menemui kegagalan.

Anwar nampak betapa berkesannya BTN kalau nak digunakan untuk mendapat kuasa.

Itu sebab bila dia sudah berada diluar kerajaan, dia cari jalan bagaimana BTN boleh 'dirosakterukkan' imejnya supaya BTN tidak berfungsi lagi. Kononnya bila BTN sudah rosak maka mudahlah untuk menjatuhkan kerajaan.

Anwar punya taktik memang ‘stereotype’. Sebelum buat apa-apa gerakan untuk menjatuhkan lawan, rukun pertama yang mesti dilakukan ialah buat ‘character assasination’.

Bila karakter orang sudah rosak mudahlah untuk menjahanamkan musuh. Siapa yang tak pernah dicacatkan personalitinya dek Anwar? Pak Ghafar, Rahim Tamby Chik, Mahathir, Najib…Semua sudah terkena dek Anwar.

Untuk pengetahuan semua, sekarang Anwar sedang buat gerakan untuk punahkah kredibiliti BTN. Bila dah punah nanti baru mudah untuk punahkan kerajaan.

* Inilah satu cara Anwar cuba menipu rakyat lagi...Siapa mempergunakan siapa...


Prinsip Perjuangan Macam Rojak Buat Penyokong Pas Makin Muak

Kuala Lumpur -- Penyokong Pas hari ini dilihat telah hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan prinsip yang di perjuangkan oleh parti itu selama ini ekoran tercetusnya demonstrasi yang menuntut Pas keluar daripada Pakatan Rakyat.


Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Mohd Razlan Rafii berkata rakyat sudah sedar, drama dan sandiwara yang dipentaskan oleh kepimpinan Pas yang sering bertolak ansur dengan Pakatan Pembangkang memperlihatkan parti itu mabukkan kuasa politik semata-mata.

Tegas beliau Pas perlu sedar, penyokong dan pendokong parti akan tetap bersama mereka sekiranya perjuangan yang dilaksanakan berpegang teguh kepada prinsip perlembagaan dan prinsip parti yang digagaskan sekian lama.

"Sebenarnya tidak kiralah parti mana, penyokong tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak mempunyai prinsip.

"Pas hari ini sudah hilang kredibilitinya kerana sanggup berkompromi dengan DAP dan PKR yang sering kali dilihat bercangah dengan dasar-dasar yang hendak diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Lihat sahaja Hassan Ali, ditekan dan disiasat dan bakal diambil tindakan oleh Pas Pusat, hanya kerana ingin melaksanakan undang-undang syariah dalam kerajaan Selangor.

"Apa ertinya ada kuasa tapi bila nak digunakan, hidung kita ditarik dan tangan kita diikat, mulut dikunci", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Kata beliau lagi, suasana itu cukup berbeza ketika kerajaan BN memerintah yang berteraskan kepada prinsip.

"UMNO dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah mengubah dasar dan pendirian parti. Perlembagaan kita cukup jelas, berkongsi kuasa dan memartabatkan Agama, Bangsa Dan Negara.

"Bukan seperti Pas yang dahulunya janji nak tutup kilang arak sejurus sahaja memerintah Selangor, hari ini sudah setahun lebih, kilang yang dijanjikan nak ditutup masih lagi segar dan lebih memburukkan lagi bertambah lagi disko dan pusat hiburan berlipat kali ganda.

"Kedai-kedai arak dan disko haram, JAIS bebas menjalankan undang-undang dan menguatkuasakannya, tidak akan ada pihak menghalang atau berani mendesak untuk menahan operasi JAIS", ujarnya.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar agar tidak membuat tuduhan membuta tuli berhubung demonstrasi oleh penyokong Pas baru-baru ini.

"Saya nak ingatkan Mahfuz, jangan sedap mulut nak tuduh orang UMNO mendalangi demontrasi itu.

"Kalau kita seorang yang cerdik dan pandai, tidaklah kita persalahkan orang lain kerana masalah dalam keluarga, selesaikan dahulu masalah dalam keluarga anda dan jangan alihkan masalah hilang keyakinan penyokong Pas kepada UMNO", ujarnya.

Justeru tegas beliau lagi, penyokong serta pendokong parti tidak akan lari meninggalkan sebuah perjuangan sekiranya perjuangan yang dilaksanakan itu berpaksikan kepada prinsip.

"Ingatlah….penyokong kita akan tetap menyokong selagi kita adalah insan yang berpegang teguh kepada prinsip dan pendirian parti, kalau kita dah jadi rojak, kejap boleh, kejap tak boleh, mana ada manusia yang akan percaya kepada kita", katanya.