Menurut pakar-pakar motivasi, kunci kejayaan seseorang akan dipengaruhi oleh 3 perkara utama. Namun ia digambarkan melalui bentuk 3 segi. 3 faktor utama yang dilihat seseorang itu berjaya ialah:
1. Sikap. Ia merupakan kunci utama kejayaan seseorang. Dalam bentuk 3 segi, sikap berada di sudut puncak. Ia mewakili 80% kejayaan seseorang.
2. Pengetahuan, Ini juga aset penting untuk seseorang itu berjaya. Walaupun hanya berada disudut bawah dan hanya mewakili 10% dalam menentukan kejayaan seseorang, peranannya penting.
3. Kemahiran. ini juga sama penting dengan pengetahuan dan juga mewakili 10% kejayaan seseorang.
Ketiga-tiga ciri ini adalah asas untuk seseorang itu berjaya. Tak salah aku, semasa Anwar Ibrahim menjadi TPM, beliau adalah Pengerusi Perubahan Sikap.
Untuk mengenal pasti 3 ciri ini biasanya kaedah latihan digunakan dan dikendalikan olah yang profesional.
Aku ambil yang 10% dulu.Ramai yang punyai KEMAHIRAN. Ada yang punya satu kemahiran dan ada juga yang pelbagai kemahiran (multi-skill). Kemahiran ini akan dapat samada melalui program-program atau pun melalui pengalaman. Ramai manusia yang memiliki kemahiran. Contohnya kemahiran untuk berceramah. Tak semua orang ada kemahiran ni. Hebat bila berceramah. Terpegun orang mendengar ceramahnya. Ada yang ternganga, dan tak kurang juga yang menangis dengar ceramah orang yang ada kemahiran ni.
Kemahiran juga mungkin anugerah Allah. Dengan nada dan lenggok badan membuatkan orang terpesona mendengar ceramahnya. Diselang seli dengan tafsiran dan ada juga yang sulam dengan nyanyian. Orang anggap ia sesuatu yang cukup hebat. Bila tau je penceramah ni akan turun kekampung mereka, maka berduyun-duyun lah orang akan datang walaupun hujan,panas dan apa keadaan sekali pun....
Untuk mahir dan jadi penceramah hebat, maka PENGETAHUAN juga mesti ada. Walaupun cuma 10%, namun kalau takde pengetahuan, macamana nak jadi penceramah hebat? Pengetahuan ni dapat dalam berbagai cara. Melalui pengalaman, rajin membaca atau pun sering keluar negeri. Indonesia adalah tempat yang banyak boleh dapat pengetahuan. Penduduk sana ramai, berbagai ragam dan budaya boleh dijadikan bahan untuk menimba pengetahuan. Kalau kita perasan, penceramah hebat ramai yang berrguru di Indonesia. Kerap pergi umrah juga merupakan satu kelebihan.Kerana di Mekah juga merupakan gedung untuk mendapat pengetahuan...
Apa pun 80% untuk berjaya mestilah mempunyai SIKAP yang baik. Namun inilah yang paling mencabar dan tidak mudah untuk dilaksanakan.
Biasanya, penceramah hebat ni menyeru rakyat kepada sesuatu. Dengan gaya bahasa dan lenggok badan mereka cuba untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Rakyat diajak memerangi rasuah, berkhidmat kepada masyarakat, jangan bermusuhan dan bermacam seruan biasanya disampai penceramah. Namun apakah seruan ini juga dipraktikkan oleh penceramah? Dengan KEMAHIRAN dan PENGETAHUAN yang cuma mewakili 20% kejayaan, rakyat biasanya terpedaya. Penceramah suruh rakyat buat baik, belum tentu penceramah tu baik. Dalam politik, penceramah mengajak rakyat mempertahankan kuasa, tapi penceramah sendiri tak peduli pasal kuasa kerana sibuk mengejar projek. Rakyat diminta berjimat cermat, penceramah minum petang pun di hotel-hotel mewah. Rakyat disuruh membanggakan parti, penceramah kereta pun takde lambang parti. Rakyat disuruh pakai baju yang ada lambang parti sebagai menunjukkan kesetiaan dan bangga dengan parti, penceramah pakai baju linen. Inilah sikap buruk yang ada pada penceramah yang dianggap 'front-line' atau pun agen kepada parti.
Mungkin rakyat akan terpengaruh dengan ceramah tapi lama-kelamaan melihat SIKAP penceramah itu sendiri membuatkan rakyat memikir kembali apakah mereka nak ikut apa yang penceramah cakap atau nak ikut apa yang penceramah buat?
Kejayaan seseorang tu pada aku bukan le dengan berkereta besar, berumah besar atau selalu keluar negeri.
CAKAP MEMANG SENANG, TAPI BUAT BELUM TENTU...
No comments:
Post a Comment